Penghubung pelbagai budaya (Malay translation; originally published in Going Places)

9 Sep

???????????????????????????????

Ruwi, sebuah daerah di Muscat, yang mesti
dilawati kerana ia adalah tempat pertemuan
budaya Arab dan India.

Selain kubah dan gerbang yang melambangkan
keislaman, beberapa restoran yang mewakili
seluruh benua kecil boleh didapati di sini –
Makanan Istimewa Lahore, Bombay Falooda,
Lanka Snaxdan Punjabi Lassi. Di mana saja anda
pergi, anda pasti terhidu bau pelbagai aroma: Teh
berperisa buah pelaga, pewangi safron, bunga lawang yang
digoreng dengan minyak sapi dan setanggi. Di luar pula, sebuah
souk akan memainkan muzik liwa, juga kelihatan seorang
Bangladesh di dalam kemeja Oxford sedang membantu
surirumah Oman membeli-belah. Lebih 650,000 orang dari
Selatan Asia kini menetap di Oman, mewakili 20 peratus
daripada keseluruhan jumlah penduduk. Kebanyakannya tinggal
di Ruwi, yang juga diberi nama Little India.

Singgah sebentar di Muzium Negara di Jalan An-Noor, dan
anda akan menyaksikan yang kehidupan dengan kepelbagaian
budaya di Ruwi bukanlah sesuatu yang baru. Pameran tentang
dhow (bot tradisional tiga segi) menunjukkan orang telah
berulang-alik di antara Oman dengan benua kecil ini sejak
ribuan tahun yang lalu. Terdapat beberapa model dhowsyang
cukup menarik: Kapal perang dengan balu arti dan meriam,
sejenis sampan untuk menyelam dan kapal dagang dengan
penunjuk haluan yang berupa paruh burung kakak tua. Sebuah peta 3D pula menunjukkan ilustrasi hubungan perdagangan
di antara Oman dengan kota lama Madras, Calicut, Daibul
dan Mangalore. Pada masa lalu, kemenyan terbaik adalah dari
Dhofar dan ia juga merupakan eksport utama bagi wilayah
tersebut. Barangan import yang berharga pula ialah perak
kerana ia diperlukan oleh tukang ukir Oman untuk membuat
khanjar (pisau belati tradisional)
Barangan perak Rajasthani adalah berkualiti tinggi dan ia
menjadi daya penarik yang menyebabkan laluan di Ruwi begitu
sibuk dengan kereta, kedai dan tempat makan seperti di India
Utara, cuma ia lebih kemas dan kurang sesak. Semasa anda
melalui air pancut yang cantik, anda pasti terpijak kulit pistachio,
dan di sini kelihatan lelaki yang bermisai tebal menghisap rokok
dan berkongsi cerita. Jika cuaca menjadi panas, singgah di
kafe yang dibina seakan-akan di dalam lubang dinding. Sajian
masala chai adalah minuman yang cukup sempurna, ia adalah
campuran ia adalah teh berperisa campura halia dengan kulit
kayu manis dan rasanya sangat manis.
Membeli-belah di Muscat memang mahal tetapi tidak di
Ruwi. Apa saja cenderahati yang ada di Gold Souk, pasti terdapat di sini dan jauh lebih murah. Tiada barang di pasar
hadiah Al Ain yang melebihi 1 riyal, sama ada bendera Oman,
ornamen Islam, patung unta atau sebotol minyak wangi. Di
luar kedai pula ada dijual manisan, rempah ratus, kopi dan
halwa yang cukup murah jika dibandingkan dengan harga di
lapangan terbang, hotel ataupun gedung beli-belah. Cuma
yang terkecuali ialah madu Yaman kerana harganya adalah
50 riyal untuk sebotol. Kata pengurus kedai, ini adalah madu
yang terbaik di dunia, rasanya sedap dan mempesonakan.
Bagi pengunjung yang gemarkan kamera, komputer, jam dan
telefon juga pasti teruja kerana di sini terdapat pelbagai jenama
serantau dan global.

Pada waktu makan tengah hari, Restoran Al Waseem
menyajikan makanan terbaik dari dua wilayah serantau tersebut.
Pesanlah makanan India dan anda akan mendapat salad segar
serta rangup dari Arab sebagai pembuka selera. Buah zaitunnya
cukup hebat. Di dapur, seorang lelaki sedang menyepit kaki
ayam untuk mengeluarkannya dari ketuhar yang berbentuk
mangkuk tandoori untuk mencipta makanan istimewa restoran tersebut iaitu briyani. Sebaik saja nasi goreng, kuah ataupun
lapisan roti anda yang disajikan bersama briyani berkurangan,
pelayan akan cepat-cepat mengisi semula pinggan anda. Ia
hampir mustahil untuk menghabiskan makanan anda!
Pada dinding restoran tersebut kelihatan gambar kanak-kanak
sedang merenung kota Mekah yang sesak, dan anda hanya
perlu melintas jalan untuk ke Masjid Ruwi. Masjid itu diindahkan
lagi dengan kubah yang diperbuat daripada kobalt dan menara
sembahyang berupa roket, menjadikan masjid tersebut menarik
dan sering digunakan sebagai mercu tanda untuk memulakan
perjalanan. Ini penting kerana jalan di Ruwi agak mengelirukan
iaitu sama ada jalannya tidak bernama ataupun hanya dikenali
dengan nombor – contohnya Way 1547. Ke Timur pula,
terdapat Menara Jam. Dari jauh ia seperti sebuah jam batu yang
amat besar. Bila dilihat dari dekat, anda akan nampak laluan
gerbang dengan motif Islam dan ukiran dhow.
Di penghujung bahagian Utara Jalan Soq Ruwi terdapat
bangunan lama yang dijadikan panggung wayang. Inilah
tempat yang dikatakan menjadi lokasi kepelbagaian budaya
di Ruwi. Kebanyakan pelanggan di sini adalah pasangan dari
Oman, sementara kakitangannya pula berketurunan Pakistan.
Anda boleh menonton filem aksi terbaru Arab dan filem hebat
Bollywood, semuanya mempunyai sari kata bahasa Inggeris.
Dari kaunter snek, anda boleh membeli samosa ala Selatan Asia,
minuman berbusa Barat dan sandwic Oman.
Sebaik saja mentari tenggelam, kehidupan Ruwi juga
berubah. Kedai, restoran, Menara Jam dan masjid semuanya
diterangi cahaya lampu. Pekerja binaan yang kebanyakannya
orang Bangladesh yang memakai penutup kepala warna oren
dan berbaju ungu berkumpul di sekeliling air pancut, kemudian
beramai-ramai ke stesen bas ONTC. Dan, pada masa yang
sama kelihatan sebuah keluarga Oman di dalam kereta Humvee
memberhentikan kenderaan mereka di luar laluan sesak Ruwi
untuk membantu pelancong Turki yang sesat. Kanak-kanak
India pula kelihatan bermain di atas tempat penyimpanan keluli
yang dilitupi timbunan bata dan tayar hidraulik. Tenaga dan
kepelbagaian Ruwi tidak berhenti pada malam hari – ia adalah
fenomena 24 jam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: